Sunday, 17 June 2012

T-Team vs Terengganu, Liga Super 2012 (15 Jun 2012)



Perlawanan ke 18 liga super T-team vs Terengganu, pada perlawanan ini pasukan adik tewas di tangan abang 0-3. Turun sebagai pasukan pelawat dan tanpa penyerang utama dari Liberia, Frokey Doe yang masih lagi berada di negaranya untuk membantu pasukan kebangsaan Liberia dalam kelayakan piala Afrika, Terengganu dapat mengimbangi perlawanan walaupun ketiadaan Ashaari Samsudin yang masih cedera. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Terengganu dibawah kendalian Peter James Butler sebagai ketua jurulatih rasmi pasukan Terengganu. Turun dengan formasi 4-3-3, Sharbinee Allawee di gawang sebagai kapten, Mazlizam, Hasmizan, Muslim, Hariri, Shukur, Ismail Faruqi, Ahmad Nordin, Joseph, Hadi Yahya, Manaf Mamat, Terengganu menunjukkan permainan yang menarik dengan larian-larian pantas yang dilakukan oleh Hadi Yahya. Tamat separuh masa, Terengganu berjaya mendahului T-team dengan 2-0 jaringan dari Manaf Mamat yang mendapat hantaran dan gerakan cantik dari Hadi Yahya. 

Memasuki babak kedua perlawanan, T-team lebih agresif mengasak pasukan Terengganu, namun ketumpulan bahagian hadapan pasukan T-team gagal menghasilkan gol yang dicari. Dengan satu serangan balas pantas yang dilakukan oleh Terengganu, Hadi Yahya berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan Terengganu dari gerakan Muslim Ahmad yang bermula dari bawah dan tamat perlawanan T-team 0-3 Terengganu. Perlawanan seterusnya Terengganu akan melayan kunjungan pendahulu liga Lion XII pada 19 Jun 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah K.Terengganu manakala pasukan T-team pula akan ke Shah Alam menentang Selangor bagi perlawanan ke 19 liga.



   
Gol-gol yang dijaringkan pada perlawanan ini dan komen kedua-dua ketua jurulatih pasukan.  
Video credit to GSN Media,GanuSoccer.Net.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...