Friday 17 August 2012

AIDILFITRI Tanpa Insan Tersayang

Aku tak mampu menghantar kepergianmu
hanya mampu mengenang salah dan dosaku padamu
air mata yang dapatku titiskan dan mengirim doa untukmu
agar ayah aman disana disisi orang2 beriman 
amin,..... 

Kepergianmu mengajar aku erti kehidupan dan mendewasakan aku
aku redha, setiap yang hidup pasti akan pergi
selama ini ayah banyak berkorban demi memastikan hidup keluarga yang sempurna
selama 20 tahun aku dapat kasih sayang dari seorang ayah yang cukup sempurna
aku bersyukur dan bangga kerana memiliki ayah seperti kamu

Walaupun aku masih belum bersedia untuk bergelar anak yatim
aku redha kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,
aku sedar lebih ramai lagi orang di luar sana yang tidak dapat mengenali siapa ayah dan ibunya, 
sedangkan aku telah mendapat kasih sayang dari seorang ayah selama 20 tahun, 
aku patut bersyukur, aku juga masih mempunyai ibu...

26 Jun 2012 merupakan tarikh yang tidak dapat aku lupakan,
ayah telah meninggalkan aku, keluarga dan dunia ini buat selama-lamanya
tahun ini merupakan tahun pertama aku dan keluarga beraya tanpa ayah
walaupun sedih, aku perlu kuatkan diri untuk meneruskan hidup 
kerana kepergianmu telah mengajar aku betapa pentinganya erti kehidupan

Aku berdoa agar ayah mendapat tempat yang terbaik di sisiNya,... 
adik Mal sayang ayah!!!!! 

AL-FATIHAH
  



Sunday 17 June 2012

T-Team vs Terengganu, Liga Super 2012 (15 Jun 2012)



Perlawanan ke 18 liga super T-team vs Terengganu, pada perlawanan ini pasukan adik tewas di tangan abang 0-3. Turun sebagai pasukan pelawat dan tanpa penyerang utama dari Liberia, Frokey Doe yang masih lagi berada di negaranya untuk membantu pasukan kebangsaan Liberia dalam kelayakan piala Afrika, Terengganu dapat mengimbangi perlawanan walaupun ketiadaan Ashaari Samsudin yang masih cedera. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Terengganu dibawah kendalian Peter James Butler sebagai ketua jurulatih rasmi pasukan Terengganu. Turun dengan formasi 4-3-3, Sharbinee Allawee di gawang sebagai kapten, Mazlizam, Hasmizan, Muslim, Hariri, Shukur, Ismail Faruqi, Ahmad Nordin, Joseph, Hadi Yahya, Manaf Mamat, Terengganu menunjukkan permainan yang menarik dengan larian-larian pantas yang dilakukan oleh Hadi Yahya. Tamat separuh masa, Terengganu berjaya mendahului T-team dengan 2-0 jaringan dari Manaf Mamat yang mendapat hantaran dan gerakan cantik dari Hadi Yahya. 

Memasuki babak kedua perlawanan, T-team lebih agresif mengasak pasukan Terengganu, namun ketumpulan bahagian hadapan pasukan T-team gagal menghasilkan gol yang dicari. Dengan satu serangan balas pantas yang dilakukan oleh Terengganu, Hadi Yahya berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan Terengganu dari gerakan Muslim Ahmad yang bermula dari bawah dan tamat perlawanan T-team 0-3 Terengganu. Perlawanan seterusnya Terengganu akan melayan kunjungan pendahulu liga Lion XII pada 19 Jun 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah K.Terengganu manakala pasukan T-team pula akan ke Shah Alam menentang Selangor bagi perlawanan ke 19 liga.



   
Gol-gol yang dijaringkan pada perlawanan ini dan komen kedua-dua ketua jurulatih pasukan.  
Video credit to GSN Media,GanuSoccer.Net.

Friday 15 June 2012

BIRTHDAY BOYS 20,.. eheheheheh....

Surprise dari Elly & Jann kwn pejabat aku masa praktikal kt site K.Berang. Kejutan ni diorg buat untuk aku n kwn aku Syed yg gelak sakan baju purple kt atas tu,..hehehehhe... Dah befday aku sama dgn Syed 22.03.1992 senang la diorg nk smbut dh tarikh sama,.. huhuhuhuhu

suke sangat,.. ahahahha,.. malu2 konon tiup lilin, maklumla site  manager  merangkap bos aku kt site tu pon ade skali masa ni duk gelak2 suruh tiup lilin tu, kena cover la skit da bos ada kt depan,..ehehehehhe,.. tapi bos pon sekepala je dgn aku, bos muda katakan,... huhuhuuhu



Syed n Kamal,.. eehehehehe,.. thanks taw to budak office dua org ni Elly & Jann yg sudi smbut befday aku n syed ni,.. =)
Hadiah pon dpt, ni aku punya.. ehehehehhe,.. sebenarnya x tahu plak dpt hadiah,  tetiba masa aku nk balik kerja aku amik beg galas aku n tgk lain mcm je punya besar beg aku tu, aku bukak la, tgk2 ada barang ni rupenye,  diorg da letak awal2 hadiah ni tnpa pngetahuan aku kt dlm beg galas yg aku bwk hari2 pergi kt tmpat kerja,.. huhuhuhu,.. tq,...



Ha, ni plak kek utk aku n abg ipar aku,.. smpai rumah kak ngah aku plak smbut befday aku skali dengan husband dia, befday aku pon x jauh dgn abg ipar aku, aku 22 mac, dia 24 mac,.. Kakak aku kerja kt Kl, husband dia plak kerja kt Terengganu ni, da alang2 dia balik cuti time ni, dia smbut skali la befday husband dia dgn aku..

Tabung katak ni plak hadiah befday dari IZZMAL <3,..  ehehhehehe,.. comel2, trima ksih..
sweet lak rasa befday yg ke 20 ni,.. ehehhee,.. thanks semua terutama to Elly, Jann, Angah, Puteri Torchlight aku, n semua la yg ingt befday ni,,..aku hargai sgat2,.. =)



Thursday 7 June 2012

JADUAL EURO 2012 WAKTU MALAYSIA

 Kumpulan A                                                                            
  • Poland vs Greece                    8 Jun 12.00 tgh mlm          
  • Rusia vs Czech Republic        9 Jun 2.45 pagi
  • Greece vs Czech Republic     12 Jun 12.00 tgh mlm
  • Poland vs Rusia                      13 Jun 12.45 pagi
  • Greece vs Rusia                      17 Jun 2.45 pagi
  • Czech Republic vs Poland      17 Jun 2.45 pagi  
Stadium City Wroclaw Poland  
Arena PGE Stadium, Gdansk Poland
Stadium Natinoal, Warsaw Poland



Kumpulan B

  • Belanda vs Denmark         9 Jun 12.00 tgh mlm
  • Jerman vs Portugal           10 Jun 2.45 pagi
  • Denmark vs Portugal        13 Jun 12.00 tgh mlm
  • Belanda vs Jerman            14 Jun 2.45 pagi
  • Portugal vs Belanda           18 Jun 2.45 pagi
  • Denmark vs Jerman          18 Jun 2.45 pagi     




Metalist Stadium, Kharkiv Ukraine  
  




  Arena Lviv Stadium Ukraine





Kumpulan C
  • Spanyol vs Itali                  10 Jun 12.00 tgh mlm
  • Ireland vs Croatia              10Jun 2.45 pagi
  • Itali vs Croatia                   14 Jun 12.00 tgh mlm
  • Spanyol vs Ireland            15 Jun 2.45 pagi
  • Croatia vs Spanyol             19 Jun 2.45 pagi
  • Itali vs Ireland                    19 Jun 2.45 pagi       
                                    Arena PGE Stadium, Gdansk Poland 




Stadium City Poznan, Poland 







Kumpulan D
  • Perancis vs England            11 Jun 12 tgh mlm
  • Ukraine vs Sweden              12 Jun 2.45 pagi
  • Sweden vs England             15 Jun 12 tgh mlm
  • Ukraine vs Perancis             16 Jun 2.45 pagi
  • Sweden vs Perancis             20 Jun 2.45 pagi
  • England vs Ukraine               20 Jun 2.45 pagi

   Arena Donbass Stadium, Donetsk Ukraine
                                  

Olympic Stadium, Kiev Ukraine



EURO 2012



Kejohanan Piala Eropah atau lebih di kenali dgn EURO pada kali ini di hoskn oleh dua tuan rumah iaitu POLAND dan UKRAINE. Kejohanan empat tahun sekali ini dijadualkan bermula pada 8 jun hingga 1 julai 2012.
Dan utk EURO kali ini pasukan pilihan aku mestila SPAIN,.. ehehehehe... walaupun team yg aku minat Brazil x duduk dlm peta kt Eropah, second team aku Spain tetap ade kt EURO kali ni,.. ehehehhe..  minat aku kt Barcelona kot yg  buatkn aku minat kt Spain ni, maklumla blh di katakn lebih dari sparuh pemain Barca yg ade kt skuad Spain, dah mmg Barca dari liga Spanyol mmg la ramai pemain  diorang yg dari Spain,.. ahahahahha... Bagi aku la, selain Spain yg dari group C yg merupakn pencabar besar utk team2 lain utk Euro kali ni, group B yg terdiri daripada 3 pasukan yg pernah menjuarai EURO iaitu juara 1988 Belanda, juara 1992 Denmark, juara 1996 Jerman dan Portugal, group B ini  di anggap kumpulan maut dan berkemungkinan salah satu team dari group B ini akn ke final Euro kali ni,. 

Selain Spain, aku rasa Jerman n Belanda pon berpeluang cerah kot utk Euro kali ni, aku ckp ni pon berdasarkn prestasi team diorang sekarang ni la.. Apa2 pon kite tgk nanti la, bola tu bulat, kadang2 team yg dianggap power ni selalu jgk kalah awal, last2 team underdog jugak yg menang.. ahahahhaha,.. Yang mana x tahu lagi  pasukan mana yg bertanding utk Euro kali ni n group apa yg ada, tgk bwh ni ha,..


Antara 16 pasukan yg ada ni, hanya 7 pasukan sahaja yg pernah menjuarai kejohanan ini (Spain 1964,2008), (Perancis 1984,2000), (Greece 2004), (Jerman 1996), (Denmark 1992), (Belanda 1988), (Itali 1968).



Hope Spanyol menang lagi la buat kali ketiga,... ehehehhehehehehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...