Friday 17 August 2012

AIDILFITRI Tanpa Insan Tersayang

Aku tak mampu menghantar kepergianmu
hanya mampu mengenang salah dan dosaku padamu
air mata yang dapatku titiskan dan mengirim doa untukmu
agar ayah aman disana disisi orang2 beriman 
amin,..... 

Kepergianmu mengajar aku erti kehidupan dan mendewasakan aku
aku redha, setiap yang hidup pasti akan pergi
selama ini ayah banyak berkorban demi memastikan hidup keluarga yang sempurna
selama 20 tahun aku dapat kasih sayang dari seorang ayah yang cukup sempurna
aku bersyukur dan bangga kerana memiliki ayah seperti kamu

Walaupun aku masih belum bersedia untuk bergelar anak yatim
aku redha kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,
aku sedar lebih ramai lagi orang di luar sana yang tidak dapat mengenali siapa ayah dan ibunya, 
sedangkan aku telah mendapat kasih sayang dari seorang ayah selama 20 tahun, 
aku patut bersyukur, aku juga masih mempunyai ibu...

26 Jun 2012 merupakan tarikh yang tidak dapat aku lupakan,
ayah telah meninggalkan aku, keluarga dan dunia ini buat selama-lamanya
tahun ini merupakan tahun pertama aku dan keluarga beraya tanpa ayah
walaupun sedih, aku perlu kuatkan diri untuk meneruskan hidup 
kerana kepergianmu telah mengajar aku betapa pentinganya erti kehidupan

Aku berdoa agar ayah mendapat tempat yang terbaik di sisiNya,... 
adik Mal sayang ayah!!!!! 

AL-FATIHAH
  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...