Monday 18 June 2012
Sunday 17 June 2012
T-Team vs Terengganu, Liga Super 2012 (15 Jun 2012)
Perlawanan ke 18 liga super T-team vs Terengganu, pada perlawanan ini pasukan adik tewas di tangan abang 0-3. Turun sebagai pasukan pelawat dan tanpa penyerang utama dari Liberia, Frokey Doe yang masih lagi berada di negaranya untuk membantu pasukan kebangsaan Liberia dalam kelayakan piala Afrika, Terengganu dapat mengimbangi perlawanan walaupun ketiadaan Ashaari Samsudin yang masih cedera. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Terengganu dibawah kendalian Peter James Butler sebagai ketua jurulatih rasmi pasukan Terengganu. Turun dengan formasi 4-3-3, Sharbinee Allawee di gawang sebagai kapten, Mazlizam, Hasmizan, Muslim, Hariri, Shukur, Ismail Faruqi, Ahmad Nordin, Joseph, Hadi Yahya, Manaf Mamat, Terengganu menunjukkan permainan yang menarik dengan larian-larian pantas yang dilakukan oleh Hadi Yahya. Tamat separuh masa, Terengganu berjaya mendahului T-team dengan 2-0 jaringan dari Manaf Mamat yang mendapat hantaran dan gerakan cantik dari Hadi Yahya.
Memasuki babak kedua perlawanan, T-team lebih agresif mengasak pasukan Terengganu, namun ketumpulan bahagian hadapan pasukan T-team gagal menghasilkan gol yang dicari. Dengan satu serangan balas pantas yang dilakukan oleh Terengganu, Hadi Yahya berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan Terengganu dari gerakan Muslim Ahmad yang bermula dari bawah dan tamat perlawanan T-team 0-3 Terengganu. Perlawanan seterusnya Terengganu akan melayan kunjungan pendahulu liga Lion XII pada 19 Jun 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah K.Terengganu manakala pasukan T-team pula akan ke Shah Alam menentang Selangor bagi perlawanan ke 19 liga.
Gol-gol yang dijaringkan pada perlawanan ini dan komen kedua-dua ketua jurulatih pasukan.
Video credit to GSN Media,GanuSoccer.Net.
Friday 15 June 2012
BIRTHDAY BOYS 20,.. eheheheheh....
Thursday 7 June 2012
JADUAL EURO 2012 WAKTU MALAYSIA
Kumpulan A
- Poland vs Greece 8 Jun 12.00 tgh mlm
- Rusia vs Czech Republic 9 Jun 2.45 pagi
- Greece vs Czech Republic 12 Jun 12.00 tgh mlm
- Poland vs Rusia 13 Jun 12.45 pagi
- Greece vs Rusia 17 Jun 2.45 pagi
- Czech Republic vs Poland 17 Jun 2.45 pagi
Stadium City Wroclaw Poland |
EURO 2012
Kejohanan Piala Eropah atau lebih di kenali dgn EURO pada kali ini di hoskn oleh dua tuan rumah iaitu POLAND dan UKRAINE. Kejohanan empat tahun sekali ini dijadualkan bermula pada 8 jun hingga 1 julai 2012.
Dan utk EURO kali ini pasukan pilihan aku mestila SPAIN,.. ehehehehe... walaupun team yg aku minat Brazil x duduk dlm peta kt Eropah, second team aku Spain tetap ade kt EURO kali ni,.. ehehehhe.. minat aku kt Barcelona kot yg buatkn aku minat kt Spain ni, maklumla blh di katakn lebih dari sparuh pemain Barca yg ade kt skuad Spain, dah mmg Barca dari liga Spanyol mmg la ramai pemain diorang yg dari Spain,.. ahahahahha... Bagi aku la, selain Spain yg dari group C yg merupakn pencabar besar utk team2 lain utk Euro kali ni, group B yg terdiri daripada 3 pasukan yg pernah menjuarai EURO iaitu juara 1988 Belanda, juara 1992 Denmark, juara 1996 Jerman dan Portugal, group B ini di anggap kumpulan maut dan berkemungkinan salah satu team dari group B ini akn ke final Euro kali ni,.
Selain Spain, aku rasa Jerman n Belanda pon berpeluang cerah kot utk Euro kali ni, aku ckp ni pon berdasarkn prestasi team diorang sekarang ni la.. Apa2 pon kite tgk nanti la, bola tu bulat, kadang2 team yg dianggap power ni selalu jgk kalah awal, last2 team underdog jugak yg menang.. ahahahhaha,.. Yang mana x tahu lagi pasukan mana yg bertanding utk Euro kali ni n group apa yg ada, tgk bwh ni ha,..
Antara 16 pasukan yg ada ni, hanya 7 pasukan sahaja yg pernah menjuarai kejohanan ini (Spain 1964,2008), (Perancis 1984,2000), (Greece 2004), (Jerman 1996), (Denmark 1992), (Belanda 1988), (Itali 1968).
Hope Spanyol menang lagi la buat kali ketiga,... ehehehhehehehehe
Wednesday 6 June 2012
KEMBALI KE BLOG
Assalamualaikum,... =) kamal da kmbali,..ehehehee....
lama kn blog ni x di update, rasenye dlm 5 bulan jgk kot,.. mintak maaf sgt2 la kpd rkn2 blog n pembaca yg duk tggu2 blog ni diconteng ag, bkn xnk update tpi keadaan x mengizinkn,.. Ingatkn masuk sem baru bila da start praktikal aku duk kt rumah lebih byk masa yg aku ada, tapi sebaliknya pulak,..=(
Aku berpraktikal di MME Realty & Management Sdn. Bhd.
sebuah syarikat Bumiputera sepenuhnya yang
terlibat dengan perniagaan pembinaan iaitu pusat khidmat kontraktor 'Class A' yg terletak di Kuala Terengganu dan syarikat ini di ketuai oleh Dato’ Hj. Mohd Zafi bin Abdul Razak merupakan pengarah urusan dan juga pemegang saham terbesar syarikat.
Bukan nak membebel psal tmpat aku praktikal kt cni, tapi yela nak la bagitahu kenapa smpai x terupdate blog aku ni,.. Lepas je hari pertama aku lapor diri kt syarikat ni sbagai Practical Student, aku diarahkn oleh ketua bahagian projek kt syarikat ni untuk ke site di Kuala Berang bagi membantu pengurus projek disitu menjaga site kt sana,. Mula-mula dia ckp nk suruh aku ke sana 2 minggu je, maklum la Kuala Terengganu ke Kuala Berang bknnye dekat nk aku ulang alik hari2, mahu tak bengkok pinggan aku,.. Hahahahaha,... Tapi lepas je 2 minggu aku kt sana, aku dibiarkn still kt sana sampaila tempoh aku berpraktikal tamat,..
PEERRRHHHHHHHHHHHHH,.................! 5 bulan beb !! hari2 aku ulang alik dari K.Terengganu ke K.Berang, pergi 50minit, balik 50 minit,.. hampir 2jam perjalanan aku setiap hari sepanjang aku praktikal ni, jumaat je cuti,.. Tipula kalau ckp xletih, letih kt site lagi time ad keje, kt tgh jalan lagi masa aku hbis hmpir 2jam, tapi aku xkisah pom ni semua, aku anggap ni semua cabaran dan pengalaman bagi aku,.. Yang aku nk bgitahu ini la kot punca kenapa blog aku ni x di sentuh spanjang aku praktikal, maklum la pagi2 da kena pergi K.Berang, da nk magrib baru smpai rumah, mlm kompem letih, kdang2 tertido dpn tv, nk berfacebook pom jarang2 n org tersayang pom selalu merajuk ngn aku coz x terlayan,.. Hehehehehehe,... mmg x terkejar la dgn masa, kejab je rasa masa aku habis dlm sehari..
Tapi sesibuk mana pom, perkembangan team kesyangan aku TERENGGANU FA tetap aku ambik tahu, setiap perlawanan yg berlansung di SSINS pd tahun ni hanya satu saja yg aku xpergi iaitu masa TERENGGANU VS JOHOR FC, game masa tu seri 0-0, game lain semua aku pergi turun stadium taw.. Menang, kalah, penyokong mengamuk, boikot ke stadium, pemain tertekan, coach di tukar, DCMJ diminta letak jawatan, semua tu aku ambik tahu cuma mintak maaf la to rkn2 blog n pembaca sb xsempat n xdpt dikongsi tu semua kt blog ni..Tapi aku yakin, peminat2 PENYU semua tahu kn perkembangan semasa team PENYU ni, kt kedai pon pakcik2 sibuk duk ckp sal team Terengganu,.. huhuhuhu,... Yela, lagipon blog ni bukan blog rasmi Terengganu Fa, just saja aku nk kongsi2 info dgan rkan2 blog,,. Banyak benor dh aku duk membebel arini, ahahahahhaha,.. aku rasa cukup kt cni jela kot utk entry kali ni,.. lepas ni insyAllah jumpa lagi,.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)